Azeera Nazir

Azeera Nazir ialah seorang pelakon suara latar Malaysia yang berbakat dan terlibat dalam bidang pengalihan suara bahan asing seperti filem, kartun, anime dan lain-lain. Dia dikenali kerana memegang watak Fei-Fei dari Over The Moon. Azeera Nazir juga memegang banyak watak seperti Rarity dari My Little Pony: Friendship is Magic, Ika Musume dari Squid Girl, Kiki dari Kiki's Delivery Service dan lain-lain.